klpost

“Kebodohan” pentadbiran Kerajaan PAS Kedah – Tun M

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Saya yakin bahawa boleh dikatakan semua rakyat Malaysia, termasuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat mengakui bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa dan bijak membangunkan negara.

Di dalam sejarah pentadbirannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, boleh dikatakan begitu banyak perkara, dasar, gagasan dan wawasan yang terlaksana sehingga menyebabkan negara ini begitu terkenal sebagai sebuah negara Islam contoh di mata dunia.

Baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir berada di Sik, Kedah bagi memenuhi jemputan sebuah program dan beliau diberikan penghormatan untuk berucap di majlis tersebut…

Menariknya, bila diberi saja peluang untuk berucap, beliau terus “membelasah” corak pentadbiran Kerajaan PAS Kedah yang diketuai oleh Menteri Besar, Azizan Razak.

Menurut Tun M, beliau sedih dengan nasib penduduk di kawasan Sik yang baru saja mendapat sebuah jambatan kira-kira dua minggu lalu untuk kegunaan awam, tetap kemudiaannya telah roboh dilanggar beberapa batang kayu balak yang hanyut ketika banjir deras baru-baru ini.

Katanya, itulah yang akan terjadi apabila kita melepaskan kuasa pentadbiran sesebuah negeri kepada mereka yang “bukan ahli” dan tidak tahu mentadbir dengan baik untuk rakyatnya.

Membidas “kebodohan” pentadbiran Kerajaan PAS Kedah, Tun M memberi contoh bahawa jantung beliau sudah dua kali dibedah doktor (mereka yang ahli) dan jika beliau dibedah oleh peguam (mereka yang bukan ahli), cuba bayangkan apa yang berlaku pada dirinya…

Sebenarnya, saya sudah banyak kali didedahkan tentang kepincangan pentadbiran PAS di Kedah yang telah menjahanamkan negeri Jelapang Padi itu sesuka hati mak bapak mereka.

Bila PAS Kedah sedar mereka tidak tahu menjana wang untuk Kerajaan Negeri, mereka membalak sesuka hati di hampir kesemua kawasan-kawasan hutan simpan kekal yang selama ini dipelihara dengan baik oleh Kerajaan BN sebelumnya.

Dulu, Kerajaan BN  pun ada membalak di beberapa kawasan yang dibenarkan. Tapi, ia dilakukan secara terhad di mana ia dilakukan dengan cukup berhati-hati, mengguna pakai peraturan yang cukup ketat, berjadual dan mengikut undang-undang Jabatan Hutan serta Jabatan Alam Sekitar.

Tapi, bila Kedah jatuh ke tangan PAS, habis hutan-hutan simpan kekal di negeri itu yang ditarah dan “dibalun” habis-habisan. Kalau mereka tebang sikit-sikit tak mengapalah juga, tapi malangnya hutan-hutan tersebut licin selicin-licinnya! Habis gondol!

Sudahlah aktiviti “merompak” balak itu tidak mengikut prosedur dan tidak punya sebarang kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar, kini balak-balak yang dipercayai menjana dana pilihanraya PAS Kedah itu meruntuhkan pula jambatan kegunaan rakyat!

Apakah itu yang dimaksudkan Azizan sebagai “sejahtera” selama ini?

Sejahtera ke dalam “poket PAS”, tapi rakyat pula terpaksa menanggung labanya? Dasar pentadbiran mana yang PAS Kedah tiru? Dari rejim Zionis Israel, kah?

Agak malang bagi rakyat Kedah apabila mereka bakal kehilangan lebih 15,000 ekar kawasan hutan simpan kekal di negeri itu bakal “dirompak” PAS Kedah atas alasan “projek Ladang Sejahtera”.

Bahkan, di sebuah kawasan bernama Ceruk Batang Padi, Azizan selamba menyatakan bahawa kawasan tadahan air yang “diharamkan pembalakan” ketika BN mentadbir dulu akan ditarah sehingga licin untuk projek tanaman pokok buah-buahan! Pokok Cermai pun dia nak tanam!

Itulah jadinya bila sebuah negeri ditadbir oleh sekumpulan pak-pak lebai yang hanya tahu berceramah mengutuk orang di sana sini, tapi mereka sendiri tak tahu dan jahil dalam soal menguruskan kuasa pentadbiran.

Bila orang kata mereka “bodoh”, mereka marah. Tapi apakah perkataan yang sesuai untuk orang jahil sebegitu rupa? “Bodoh sombong”, boleh? Anda fikirkan sendiri… – mykmu.net