SK

KEADILAN berusaha untuk mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya – Wan Azizah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR 7 Mei: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, KEADILAN akan terus berusaha untuk mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Beliau berkata, walaupun diserang pelbagai tuduhan, itu tidak melemahkan parti meneruskan upaya untuk Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 dan memerintah negara.
“Saya amat sedih apabila kita disalahkan ketika kita sama-sama bangkit dalam perhimpunan Bersih 3.0 untuk memperjuangkan hak kita mendapatkan keadilan, sedangkan kekecohan dilakukan pihak lain yang sengaja membangkitkan kemarahan,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata demikian mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis Makan Malam bersama Pimpinan Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.
Perhimpunan Bersih 28 April lalu yang dihadiri lebih 300,000 berlangsung aman bertukar kecoh akibat provokasi dan tindakan ganas polis terhadap peserta termasuk media.
Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw.

Source:- Keadilan Daily