klpost4

KASE: JPJ tidak sepatutnya mengutip kompaun

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Kempen Anti Saman Ekor (Kase) kecewa dengan keputusan Kabinet yang tidak menangguhkan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun Jabatan Peguam Negara telah menangguhkan prosiding mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Sinar Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak seharusnya mengambil kompaun daripada pesalah kerana tindakan itu akan menyebabkan lambakan kes di mahkamah.

“Sepatutnya, JPJ tak boleh kutip kompaun sebab ia telah ditangguhkan AG. Bila saman (AES) berlaku penangguhan dari segi teknikal di mahkamah, JPJ tak boleh kutip kompaun, ini tidak wajar, prosiding ditangguh tetapi kompaun dikutip,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat masalah teknikal dalam proses perundangan.

Kelmarin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata saman AES akan tetap dikeluarkan walaupun prosiding di mahkamah ditangguhkan.
Selain itu, Mahfuz turut menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana pihak bertaraf menteri mengenai pelaksanaan AES.

“Saya kecewa dan kesal dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, keputusan Kabinet akan menyulitkan mahkamah, menyusahkan orang ramai,” katanya.