klpost

Kantoi tak tahu lirik ‘Negaraku’

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Cubaan seorang wanita berlakon menjadi warganegara Malaysia ‘kantoi’ akhirnya selepas penguatkuasa Imigresen mengarahkannya menyanyikan lagu kebangsaan ‘Negaraku’.

Kejadian berlaku ketika sepasukan penguatkuasa menyerbu sebuah flat di Jalan Pudu malam tadi apabila seorang wanita memberontak ketika pihak Imigresen cuba memberkasnya.

Wanita berkenaan duduk diatas lantai dihadapan rumahnya sebagai kaedah memprotes.

Menurut laporan New Straits Times, wanita tersebut juga memberi pelbagai alasan bagi mengelakkannya ditangkap termasuk mendakwa dirinya sarat mengandung dan perlu dirawat di hospital dengan kadar segera.

Beliau yang gagal menunjukkan bukti kewarganegaraannya kemudian diminta untuk menyanyikan lagu Negaraku namun gagal berbuat demikian memaksa pihak berkuasa terus memberkasnya.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, serbuan di flat Jalan Pudu dijalankan dibawah nama Ops Mega.

Seramai 189 individu diperiksa ketika serbuan pertama dijalankan di flat berkenaan yang membawa kepada penahanan 21 orang termasuk pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Daripada jumlah tersebut, 18 warga Myanmar diberkas, seroang warga India, seorang warga Indonesia dan seorang warga Pakistan.

“Kebanyakan mereka menyewa bilik di flat tersebut. Sesetengah unit telah mengubahsuai bahagian secara haram, yang merupakan kesalahan dibawah undang-undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” ujarnya kepada pemberita selepas selesai operasi.

Ujarnya, bagi kesalahan ubahsuai, pihaknya akan merujuk kepada DBKL untuk tindakan lanjut.

Operasi bersambung dengan menyerbu di sebuah premis hiburan di Jalan Kia Peng dibawah nama Ops Gegar ekoran pihaknya menerima maklumat premis berkenaan menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

Kata Mustafar, hasil serbuan pihaknya telah memeriksa serama 40 orang yang membawa penangkapan 25 individu. mD