Sunday , 20 April 2014

Kanak-kanak perempuan dibaham harimau bintang

MUMBAI: Seorang kanak-kanak dibaham dan dimakan oleh seekor harimau bintang ketika dia buang air kecil di sebalik semak.

Ibu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu menjerit ketika melihat haiwan berkenaan menyerang anaknya tetapi tindakannya gagal menghentikan harimau bintang berkenaan mengheret kanak-kanak itu ke dalam hutan.

Usha Vinayak Yadav pergi ke semak berkenaan di hutan berhampiran Mumbai pada waktu malam untuk membuang air kecil apabila kejadian berlaku.

Polis menemui lengan dan kepala mangsa kira-kira 300 di dalam hutan.

Inspektor Srirang Nadgauda berkata: “Tidak ada cahaya di kawasan itu yang menjadi sebahagian daripada hutan berkenaan.

“Ibu Usha menjerit tetapi tidak ada siapa yang dapat mengesan harimau bintang atau kanak-kanak itu kerana keadaan terlalu gelap.” – TS


Scroll To Top