klpost

Kanak-kanak dibebas dari ‘penjara’ bawah tanah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

MOSCOW 10 Ogos – Polis Rusia membebaskan 15 kanak-kanak yang terkurung selama bertahun-tahun di dalam sebuah bangunan bawah tanah di Kazan, timur Republik Tartarstan, semalam.

Pegawai penyiasat, Ranis Bakhitov berkata, kesemua kanak-kanak terbabit dipaksa tinggal bersama kira-kira 60 ahli kumpulan agama yang telah menghuni dalam bangunan di bawah sebuah masjid itu sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kanak-kanak tersebut terpaksa tinggal dalam keadaan yang sangat kotor dan kawasan tersebut ibarat penjara buat mereka,” katanya.

Premis itu ditemui selepas pihak polis membuat siasatan terhadap beberapa pertubuhan Islam di bandar tersebut berhubung dua serangan berkembar terhadap dua orang guru agama pada bulan lalu. – AFP