klpost4

Kanada dilanda ribut salji, 100 penerbangan batal

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

TORONTO  –  Lebih 100 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson hari ini dibatalkan dan puluhan lagi ditangguhkan susulan ribut musim sejuk melanda Kanada.

Lebih 70 penerbangan juga dibatalkan atau ditangguhkan di Lapangan Terbang Trudeau Montreal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Alam Sekitar Kanada, wilayah Montreal bakal dilanda salji setebal 27.5 sentimeter manakala selatan Quebec dijangka menerima sehingga 42.5 sentimeter.

Sehingga kini, amaran ribut salji sudah dikeluarkan untuk selatan Ontario, Quebec, New Brunswick, Prince Edward Island dan Nova Scotia. -AP