klpost

Kami tak pernah pilih kasih

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Bera  –  Kerajaan tidak pernah pilih kasih atau mempersoalkan ideologi politik seseorang dalam memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan , berkata semua bentuk bantuan kepada rakyat selama ini adalah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka yang memerlukan.

“Bantuan yang diterima rakyat di negara ini tiada di negara lain, kerajaan BN memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat yang layak termasuk bantuan persekolahan, bantuan hari raya dan sebagainya,” katanya.

Atasi bebanan hidup rakyat

Bercakap selepas merasmikan Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2012 dan Penyampaian bantuan Persekolahan kepada 2,000 pelajar kawasan Parlimen Bera di sini, semalam, beliau berkata segala bantuan itu menunjukkan kerajaan BN berjaya mentadbir urus negara dengan baik.

“Bantuan yang diberikan itu adalah bagi mengatasi bebanan hidup rakyat,” kata Ahli Parlimen Bera itu.

Bagi Parlimen Bera saja, Ismail Sabri berkata, 13,000 penduduk di kawasan itu menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kerajaan juga akan mengagihkan bantuan kepada pelajar sekolah sebanyak RM100 dan Baucer buku kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM250 mulai bulan depan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan BN akan menepati segala janji yang dibuat semasa pilihan raya lalu. – BERNAMA