klpost

“Kami orang Melayu, Islam, tidak minum air ini, kami minum air suam je”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR: Umno dan Barisan Nasional (BN) terperangkap di celah-celah tindakan ultra NGO naungannya terhadap pengerusi bersama Bersih Datuk S Ambiga.

“Kalau pilihan raya 2008 pengundi India menolak Umno dan BN kerana usaha yang dibuat Uthayakumar dan Hindraf, kini muncul hero baru kaum India, S Ambiga.

“Pergilah ke mana-mana dan bertemu dengan masyarakat India, mereka akan berkata Ambiga adalah ikon baru mereka,” kata anggota Parlimen Teluk Intan, S Manogaram dalam satu majlis sebelum ini.

Menjelang PRU 2008, nama peguam Uthayakumar meniti dari bibir ke bibir orang India di negara ini.

Kesan dari perjuangan mereka, masyarakat India menolak BN sehingga Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu kalah kepada calon PSM yang bertanding atas nama PKR di Sungai Siput.

Kerana orang India juga, calon PAS, Dr Siti Mariah Mahmud menang besar di Parlimen Kota Raja, Selangor.

Beliau mendapat undi majoriti 20,751 undi menjadikan beliau pemimpin PAS yang menang dengan majoriti paling besar dalam pilihan raya umum 2008.

Di Kota Raja, 26.27 peratus dari 57,323 pengundinya dari masyarakat India. Pengundi Melayu hanya 46.78 peratus.

Padahal dalam pilihan raya umum 2004, Dr Mariah yang turut bertanding kalah dengan majoriti 8,239 undi kepada calon BN dari MIC, S Vigneswaran.

Ambiga menawarkan air 100 Plus kepada mereka selepas penat bersenam, namun Mohamad Ali dengan angkuh berkata “kami orang Melayu orang Islam tidak minum air ini, kami minum air suam je”.

Di samping kumpulan pimpinan Mohamad Ali, sekumpulan lagi NGO Pro Umno membuat gerai menjual berger daging lembu di depan rumah Ambiga.
Ia menjadi satu penghinaan kepada penganut agama Hindu kerana mereka tidak memakan daging lembu dan menyebabkan simpati kepada Ambiga memuncak.

Dengan Ambiga sebagai ikon baru sokongan masyarakat India, Pakatan Rakyat yakin sokongan pengundi India kepada mereka meningkat kembali selepas tenggelam isu Hindraf. – Harakah