klpost

Kaka cadang keluar dari Real Madrid

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

MADRID: Kaka dikatakan ingin sekali diturunkan sebagai kesebelasan utama, tetapi dia belum pernah mendapat peluang itu di Real Madrid. Dia dikaitkan dengan penghijrahan ke beberapa kelab di Eropah, bahkan sebuah kelab dari China juga dikatakan berminat mendapatkan khidmatnya.

Sejak pindah ke Madrid dari AC Milan pada tahun 2009, penglibatan Kaka terbatas dalam sesetengah perkara akibat kecederaan yang membuatkan dia sering duduk dibangku simpanan. Peluang Kaka untuk menjadi kesebelasan utama tipis kerata terpaksa terpaksa bersaing dengan pemain-pemain Real yang berkualiti.

Musim lalu sahaja Pemain Terbaik Dunia 2007 itu cuma tampil sebanyak 26 perlawanan di La Liga Primera yang kebanyakannya hanya dimasukkan sebagai pemain gantian.

Setakat ini pengurus pasukan Madrid Jose Mourinho telah menyenaraikan Kaka sebagai pemaian musim ini. Namun, pemain Brazil itu dikatakan sudah tidak selincah dahulu.

Kaka baru-baru ini dikaitkan dengan beberapa kelab. Salah satunya ialah kelab dari China, Guangzhou Evergrande. Awal minggu lalu, surat khabar Italia Corriere dello Sport dan Diario AS dari Sepanyol sama-sama melaporkan jika Evergrande mampu untuk menggaji Kaka sebanyak 18 juta euro per musim, maka Evergrande boleh memiliki Kaka dengan harga pemindahan 25 juta euro ke Madrid.

Beberapa hari kemudian Presiden Guangzhou Evergrande Liu Yongzhuo mengeluarkan kanyataan bantahan. “mustahil merekrut Kaka untuk saat ini.”katanya

“Saya tidak tahu dari mana asal laporan-laporan ini, kami sebenarnya sudah mendaftarkan tujuh pemain asing musim ini dan kami tidak bercadang melakukan satu perubahan pun,” katanya kepada Xinhua.

Setelah kelab dari China itu menolak kenyataan yang diwar-warkan, kini beberapa kelab lain dari Eropah seperti Tottenham Hotspur, Manchester City, dan AC Milan dikaitkan dengan perpindahan Kaka.

Berdasarkan ketiga-tiga nama kelab tersebut, Kaka dikatakan selesa dengan AC Milan. Kerana, di sanalah dia berjaya menonjolkan bakat dan membuat penampilan terbaik dalam kariernya.

Namun demikian, perkara mengenai gaji menjadi salah satu halangan besar untuk perpindahan kembali Kaka ke Milan kerana dilaporkan Kaka menerima bayaran dengan harga yang cukup tinggi kira-kira 10 juta euro setiap tahun. Hasil dari kajian yang dilakukan Insidefutbol, Kaka bersedia menerima pemotongan gaji sebanyak 40-50% demi untuk berhijrah ke kelab lain.

Kesediaan Kaka berjaya membuatkan kelab luar cuba memikatnya. Tetapi ada satu halangan lain iaitu harga pemindahannya ketika Madrid membidanya dengan harga 25 juta euro. Dengan usia Kaka yang sudah menjangkau usia 30 tahun, pembilian pada harga tersebut adalah terlalu mahal.

Setakat ini masa depan Kaka masih menjadi tanda tanya. Besar kemungkinan jawapannya akan diketahui setelah Kaka berbincang secara peribadi dengan Mourinho sama ada kekal di Madrid atau melepaskannya.