klpost

“KAGUM”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Sebagai usaha meningkatkan jumlah pengambilan haiwan untuk dijadikan binatang peliharaan, Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan (SPCA) Auckland, New Zealand memperkenalkan satu projek yang dikenali sebagai ‘pemanduan haiwan’.

Dalam projek tersebut, SPCA melatih dua anjing daripada baka Schnauzer, yang diberi nama Monty dan Porter untuk memandu kereta seperti manusia, bertujuan memberi pertolongan kepada tuan mereka jika berlaku sebarang perkara tidak diingini. Selepas menjalani latihan memandu intensif selama dua bulan, kedua-dua anjing tersebut memberikan hasil yang mengagumkan apabila ‘lulus dalam ujian memandu’ yang diadakan di Auckland, semalam.

Kereta jenis Mini Countryman yang diubah suai khas digunakan oleh kedua-dua anjing itu dalam ujian tersebut.

Kebolehan kedua-dua anjing itu memandu kereta sempat dirakam dan disiarkan menerusi Internet, sekali gus mencetuskan satu fenomena luar biasa di seluruh dunia. – AFP