klpost

Kadir Sheikh Fadzir ‘dilantik’ ke AJK Pusat DAP

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Akhirnya, keputusan untuk pemilehan 20 aggota ahli Jawatankuasa Pusat DAP keluar malam tadi setelah beberapa hari jika tidak berbulan berkempen, melobi dan tidak kurang cakar bercakar dalam DAP peringkat cawangan dan negeri.

Reaksi utama yang diberi oleh akhbar aliran perdana adalah mengetengahkan isu semua calon Melayu seramai 8 orang kalah. Lebih tepat lagi, 7 orang Melayu dan 1 orang mahu ngaku Melayu, yang telah menawarkan diri semua kalah.

Dilaporkan oleh salah satu media perdana bahawa calun Zulkifli Mohd Nor yang hanya berjaya mendapat 215 undi menyuarakan kekecewaan kerana setelah lebih 20 tahun bergiat dalam DAP, dia masih gagal meyakinkan perwakilan untuk mendapatkan tempat untuk orang Melayu dalam AJK Pusat DAP.

Undi yang paling tinggi dicapai oleh orang Melayu adalah oleh Prof Ariffin Omar yang mendapat 348 undi.  Zairil Khir Johari, yang hanya nama macam melayu tapi bukanlah Melayu dan darah daging Tan Sri Khir Johari, mendapat 305 undi.

Bekaas AJK DAP Pusat, Ahmad Ton hanya perolehi 347 undi.

Hanya tiga orang saja pemimpin bukan Cina yang dipilih untuk 20 kerusi utama AJK Pusat DAP. Ianya  seorang pemimpin India iaitu M Kulasegaran dan dua pemimpin dari kaum Sikh iaitu Karpal Singh dan Gobind Singh.

Pastinya akan timbul persepsi bahawa akarumbi DAP masih menebal sikap rasis dan slogan Malaysian Malaysia atauMiddle Malaysia yang menggambarkan kepercayaan DAP kepada satu masyarakat Malaysia yang majmuk tidak dapat tercapai.

Ini mengingatkan kata-kata rakan baik Husin dan bekas aktivis UMNO dan Semangat 46, Aspan Alias. Sebagaimana yang ramai ketahui, Aspan Alias kini adalah ahli DAP. Takpalah rakan tetap rakan, sahabat tetap sahabat, walaupun dia berlainan parti.

Husin bukan ada ahli mana-mana parti pun.

Pulohan tahun dahulu, Husin isi borang dan bayar keahlian seumur hidup. Duit dah diambil dan ana tak ambil kisahlah hingga beberapa tahun kebelakangan ini, Ana check onlinedan dapati nama pun tak ada. Itu sebenarnya …

Mahal dan leceh sangat kini nak mohon lagi sekali jadi ahli UMNO.

Berbalik kisah rakan Husin, Aspan.

Sebaik dia masuk DAP, dia beritahu Husin bahawa dia sudah muak dan malas dengan permainan politik perkauman yang sering dilaungkan oleh UMNO. Dia melihat DAP lebih ikhlas dalam memperjuangkan satu masyarakat Malaysia yang majmuk.

Ketika dia cakap demikian di talipon, Husin hanya senyum mendengar sahabat yang ingat ana ini naif sangat tentang politik hingga dia masih nak beretorik.

Aspan tidak ada pilihan sebenarnya. Nak masuk balik Semangat 46, Ku Li sudah tuytup. Nak masuk PAS, Nik Aziz kata kamu tak berapa sesai dalam PAS … kuat melawan maka tak sesuai dengan budaya PAS yang kena taat tanpa soal pada pemimpin.

Aspan tak berkenan dengan Anwar Ibrahim kerana dia ada sejarah bertembung dengan Anwar semasa dia dalam UMNO. Husin rasa dia tidak percaya pada Anwar. Nak masuk parti rakan baiknya, Dato Zaid Ibrahim, KITA, Aspan tak mahu sebut tapi Zaid tidak stabil dan realistik politiknya.

DAP sahaja pilihan untuknya. Husin percaya Aspan juga yang membawa Dato Ariff Sabri aka Sakmongkol dan Lt Kol (bersara) Roseli Abdul Gani yang hanya menang 39 undi masuk DAP.

Mula-mula Husin ingat Aspan tapi akhir-akhir ini Roseli yang diura-ura akan dibonekakan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, jika DAP berjaya mengambilalih negeri Sembilan.

Rakan-rakan Husin dalam DAP pun kata Aspan temberang jika dia akan dapat jalan mudah untuk dapat bertanding dua kerusi dan diberi kerusi mudah yang DAP sedia ada.

Dia perlu memenangi kerusi yang belum lagi dipegang DAP dan membantu mendapatkan undi marginal dari pengundi Melayu untuk DAP mengguankan kebencian pihak tertenttu dalam UMNO terhadap Menteri besar Mat Hasan.

Kembali semula pada cerita pemilihan AJK Pusat DAP,Antara Pos melaporkan Lim Kit Siang kecewa dengan kekalahan semua calun Melayu dan hanya satu saja calun Cina dari Sarawak yang mewakili calun dari Sabah dan Sarawak. Pengerusi DAP Sabah tidak terpilih.

Alahai Kit Siang … apa yang dia nak berlakun. Bukankah dia sendiri yang mahu jadikan DAP sebagai Daddy Anak Party.

Dengan demikian, DAP terpaksa lakukan usaha-usaha simbolik untuk mengimbangi kekosongan wakil dari orang Melayu, Sabah dan Sarawak, faction tertentu dan lain-lain perkiraan dan menggambarkan DAP tidak rasis seperti yang Aspan cuba kelentong Husin.

Orang Melayu diwakili oleh Prof Ariffin Omar yang adalahbekas aktivis Aliran dan bidang akademik dalam Sejarah Melayu. Dia mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tunku Aziz Tunku Ibrahim sebagai Naib Pengerusi DAP.

Terlupa pula nak sebut, Zairil pun dilantik ke AJP Pusat dan diberi jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Publisiti kepada Tony Pua.

Ada seorang rakan mengusik Husin dan mengatakan bahawa Tony Pua patut menalipon kamu dan ajak masuk membantunya dalam hal publisiti DAP.

Katanya, Zairil akan membawa anggapan buruk kepada DAP sebagai simbol ketamakan kaum Cina yang masih nak ambil sedikit kuota dan allocation yang diberi kepada Melayu. Husin adalah calun yang lebih layak dan secara simbolik boleh mewakili kaum-kaum Melayu dari suku Jawa dan peniaga Arab dari Cairo.

Husin kata ada orang lebih sesuai untuk mewakili pelbagai pihak etnik dan boleh mewakili etnik Sabah dan Sarawak yang hanya diwakili dengan perlantikan John Brian dari Sarawak dan Edwin Bosi dari Sabah.

Walaupun dia kini berada dalam PKR, Anwar sendiri dah kata lebih ramai orang Melayu masuk DAP akan menguatkan Pakatan Rakyat dan pasti dia tidak ada masaalah untuk menghantarnya ke DAP.

Orang yang Husin maksudkan adalah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Dia boleh mewakili orang Melayu, kaum India, penganut ugama Islam dan secara simbolik menambah lagi wakil untuk Sabah dan Sarawak. Pastinya anda bertanya macam mana Kadiaq boleh mewakil etnik Sabah dan Sarawak?

Lihat gambar di bawah, anda akan faham. – the-antics-of-husin-lempoyang