klpost2

Julia Perez – Tolong beri saya peluang

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Aktres dari seberang, Julia Perez, akhirnya tampil memohon maaf menerusi syarikat produksi Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK).

Permohonan maaf itu dibuat Julia atau Jupe menerusi emel kepada Ketua Perniagaan dan Pemasaran NSK, Sofiyant Rahman.

“Komen saya sebenarnya telah disalah ertikan. Bagaimana pun, saya meminta maaf kepada sesiapa saja sekiranya ianya telah melukakan perasaan anda, khusus kepada rakan industri yang dihormati dan peminat kesayangan saya.

“Saya berterima kasih kepada industri filem Malaysia kerana sudi memberi peluang kepada saya melibatkan diri dan memberi kepercayaan kepada saya dan saya hargainyadengan penuh hormat.

“Selebriti Indonesia mempunyai ramai peminat di Malaysia yang menyayangi mereka dan selebriti Malaysia sentiasa diterima dan disayangi peminat di Indonesia.

“Peluang bekerjasama di antara kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia harus diberi peluang untuk berkembang, itu adalah satu keinginan saya secara peribadi,” ujarnya.

Jupe sebelum ini secara lantang telah mengkritik drama Malaysia dan turut mengeluarkan kenyataan bahawa drama Indonesia, jauh lebih baik. Kenyataan berani itu telah menarik perhatian ramai, termasuk Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zes Zaidi, sehingga menimbulkan perang di laman sosial Twitter. – sinarharian