klpost

Julia Perez hina drama malaysia

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Tidak cukup dia mencipta kontroversi di negara sendiri, pelakon-model-penyanyi dangdut seksi, Julia Perez aka Jupe nampaknya cuba mencuri perhatian kita apabila cuba mencipta kontroversi di sini.

Jupe telah dipilih membintangi filem terbaru arahan pengarah berprofil tinggi, Murali Abdullah, berjudul Sumpahan Malam Pertama.

 

 

Penggambarannya sudah pun bermula sejak beberapa lalu di USM, Pulau Pinang.

Tetapi yang tak berapa sedap di dengar, ketika berhenti rehat untuk menunggu rakaman babak filem seterusnya, Julia Perez sempat menonton sebuah drama tempatan dan dia telah memberikan komen kurang enak.

 

 

“Nunggu giliran take sambil nonton sinetron Malaysia.

Oh my GOD, Indonesia kita jauh maju, kita maju sekali — bangga jadi orang Indonesia,” tulisnya di akaun Twitter.

Kurang pasti apa judul drama yang ditontonnya itu.

Tapi Jupe pun, agak-agak lah…, kamu tu sekarang di negara orang.

-MD