klpost

JKM sedia beri perlindungan kepada mangsa kerakusan seks bapa

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia untuk memberi perlindungan kepada remaja yang menjadi mangsa jenayah seksual bapa kandungnya sementara kes itu diselesaikan.

Beliau berkata pihaknya akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa terlibat berhubung kes itu.

“Sekarang ini memang kita tidak boleh mengganggu siasatan. Tapi apa jua yang diarahkan oleh mahkamah dan juga pihak polis, kami akan memberikan segala kerjasama.

Selalunya dalam keadaan begini, kalau tiada keluarga yang paling rapat atau mereka juga rasa tidak mampu untuk melindungi kanak-kanak ini, JKM akan ambil kanak-kanak ini untuk diberi perlindungan sementara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang sempena ulang tahun ke-48 majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn Bhd di sini. – Bernama