klpost

Jet terhempas ada hubung kait dengan jenayah terancang.

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PHOENIX  –  Pemilik syarikat jet mewah yang terhempas dan membunuh bintang Latin, Jenni Rivera disiasat oleh Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS (DEA), dan agensi itu turut menyita dua pesawat syarikat berkenaan untuk siasatan lanjut.

Jurucakap DEA, Lisa Webb Johnson mengesahkan bahawa pesawat yang dimiliki syarikat berpangkalan di Las Vegas, Starwood Management dirampas di Texas dan Arizona.

Agensi itu juga sudah menghantar sepina di semua rekod syarikat berkenaan, termasuk urusan dengan bekas Datuk Bandar Tijuana, yang mana pihak penguatkuasa undang-undang AS sudah lama mengesyaki beliau mempunyai kaitan dengan jenayah terancang. – AP