klpost

Janna, Sakinah dikritik portal hiburan K-pop

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Disebabkan keterlanjuran bergurau membabitkan isu kematian anggota kumpulan K-pop SHINee iaitu mendiang Kim Jong-hyun melalui satu video di Instagram, dua pelakon tempatan, Janna Nick dan Sharifah Sakinah berdepan kritikan netizen yang menyifatkan mereka tidak menghormati tragedi tersebut.

Bukan itu sahaja, tindakan tersebut turut tular sehingga dijadikan bahan berita di portal hiburan popular K-pop seperti allkpop beberapa jam lalu.

Terdahulu, peminat K-pop tempatan berang dengan tindakan mereka yang berkongsi Instastory berdurasi selama 8 saat tersebut.

Melalui video tersebut, Janna sedang mewarnakan rambut pendeknya berwarna perang dan Sakinah menegur rakannya itu kelihatan seperti Jong-hyun yang mati disebabkan bunuh diri sekitar sebulan lalu.

Bagaimanapun, Janna membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun Twitter miliknya dengan mengatakan dia tidak berniat untuk tidak peka dengan kejadian terbabit.

Sakinah yang juga merupakan seorang pelawak turut memohon maaf melalui perkongsian Instastory dengan menulis: “Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada Janna kerana mengaitkan dia dengan hal ini. Dia tidak bersalah dalam hal ini.

“Kepada peminat K-pop, saya mohon maaf dan saya tiada niat untuk bersifat kurang ajar terhadap kematian. Saya juga tidak berniat untuk mentertawakan kematian seseorang terutama akibat masalah depresi,” tulisnya. – Kosmo