klpost

Janji Bersih – Terkini dari Dataran Merdeka

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Tepat jam 11.05 malam, peserta yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mula tiba di Dataran Merdeka dan beliau disambut dengan laungan takbir oleh peserta perhimpunan dan beliau juga sempat bertemu dengan beberapa peserta golongan kelainan upaya yang cacat penglihatan yang turut menyertai perhimpunan tersebut.

Dianggarkan lebih daripada 5,000 peserta menyertai perhimpunan yang menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih ini.

Di lokasi tradisi di Dataran Merdeka, orang ramai turut berkumpul untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos.

Pengerusi bersama Bersih 2.0 dan Bersih sekretariat member Maria Chin Abdullah, bergerak jauh dari Dataran Merdeka.

Dianggarkan 20000 ribu penyokong Janji Bersih berkumpul di Ipoh

11.45pm Himpunan orang ramai di Dataran Merdeka telah mula berpindah ke depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut bagi meneruskan tuntutan penambahbaikan pilihanraya.

Himpunan itu yang sudah mencecah lebih kurang 10,000 orang dijangka akan mendengar bacaan puisi oleh sasterawan negara A Samad Said serta ucapan dari aktivis seperti Hishammuddin Rais dan Badrol Hisham Shahrin.

Pemimpin aktivis tersebut berkata mereka akan menyambut ambang Hari Merdeka di depan DBKL.

Turut serta pemimpin Pakatan Rakyat seperti Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan MP Kuantan Fuziah Salleh.