klpost

Janji Bersih Orang ramai tidak mengendahkan amaran polis

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Walaupun penghadang polis sudah didirikan, namun nampaknya mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana rakyat Malaysia yang lain sudah pun berada di kawasan ini.

Bunyian dari peserta seolah-olah vuvuzela tambah menghangatkan lagi suasana kemeriah sambutan Janji Demokrasi yang turut disertai semua kaum selain beberapa aktivis Selamatkan Bukit Koman dilihat berjalan dari arah Jalan Tun Perak menuju dataran ini.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat berada di Dataran Merdeka adalah ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, aktivis ABU Haris Ibrahim dan Hishamuddin Rais serta penyelaras parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong.

Orang ramai tidak mengendahkan amaran polis sebelum itu tetapi terus berpusu-pusu masuk ke dataran melalui Jalan Tun Perak bermula dari stesen LRT Masjid Jamek.