klpost2

“Jangan nak naik tambang bas sesuka hati”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR  –  Para pengusaha bas sekolah di seluruh negara diminta berunding dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terlebih dulu sekiranya berhasrat untuk menaikkan harga tambang bagi sesi persekolahan tahun 2013.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, pengusaha bas harus mengikut peraturan yang ditetapkan oleh SPAD dan tidak menaikkan tambang sewenang-wenangnya tanpa mendapat persetujuan SPAD.

“Sekiranya mereka (pengusaha bas) masih berdegil dan menaikkan tambang tanpa persetujuan SPAD, maka ibu bapa wajib segera melaporkan perkara ini kepada SPAD atau pihak berkuasa agar tindakan dapat diambil terhadap mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media baru-baru ini mengenai dakwaan ibu bapa pelajar sekolah bahawa ada segelintir pengusaha bas sekolah khususnya di Lembah Klang telah menaikkan tambang pada tahun ini.  – kosmo