klpost4

Jangan gadaikan masa depan anak cuc kita, dan negara kita – Datuk Ahmad Maslan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Barisan Nasional yakin bahawa parti itu akan merampas semula kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada pilihanraya akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi di kawasan itu seharusnya mengambil semangat di atas nama Tun Abdul Razak dengan mengembalikan kemenangan kepada BN.

“Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak mesti dikembalikan kepada BN… Jika tidak maka kita tidak berlaku adil kepada nama parlimen ini yang membawa semangat Mantan Perdana Menteri kita yang kedua serta perjuangan kepada Tun Razak,” katanya kepada PerakToday.com selepas melaksanakan Program Tinjauan Mesra Penerangan di Pusat Daerah Mengundi Sri Johor, Cheras.

Menurut Ahmad lagi, setakat ini kira-kira 700 ahli parti itu sedang memperkasakan jentera mereka dalam memastikan kerusi parlimen berkenaan dirampas kembali selain mengekalkan kemenangan BN di seluruh negara.

Katanya lagi, sehingga kini pengundi di kawasan terbabit kira-kira 7,000 orang mula menunjukkan sokongan terhadap parti itu.

“Untuk kawasan ini pengundi melayu kira-kira 2,428 orang dan kita lihat 75% daripadanya adalah menyokong BN manakala untuk pengundi Cina seramai 3,009 dan selebihnya adalah pengundi kaum India dan lain-lain.

“Untuk pilihanraya umum akan datang kita yakin dengan jentera yang kita buat maka untuk peti undi di PDM Sri Johor memang amat cerah.

“Jadi tujuan program kita atau lawatan saya ke Pusat Daerah Mengundi (PDM)adalah untuk membuat gesaan agar semua PDM di seluruh negara supaya menggerakkan jentera mulai sekarang.

Ahmad menambah, pengundi di Parlimen berkenaan harus menjadikan pelbagai kejadian yang berlaku di Selangor akibat kerakusan kepimpinan Pakatan Rakyat sebagai garis panduan untuk memilih pemimpin di masa akan datang.

Katanya, sebagai rakyat, pengundi harus memilih pemimpin yang mampu mengotakan setiap apa yang dijanjikan.

“Jangan kita gadaikan masa depan negara kepada kumpulan-kumpulan yang membuat huru hara itu.

“ Jangan gadaikan masa depan anak cucu kita kepada kumpulan parti yang tidak tahu siapa yang layak dipilih sebagai Perdana Menteri… tiada kata sepakat.

Jelas beliau, Pakatan Rakyat yang mempunyai 3 parti komponen sehingga kini masih tidak dapat mencapai kata sepakat dalam menentukan siapa yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang pilihanraya.

Bagaimanapun, bagi BN yang mempunyai 13 parti komponen telah bersetuju untuk melantik Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Nak tentukan siapa Perdana Menteri pun boleh gaduh dan rebut… itu baru 3 parti komponen tetapi BN ada 13 parti komponen dan kita masih teguh bersatu dalam menyokong Datuk Seri Mohd Najib.

“Jadi jangan kita korbankan masa depan anak cucu kita kepada mereka… Jangan korbankan masa depan anak cucu kita dengan manusia yang tidak tahu menunaikan janji,” katanya  –  Perak Today