SK

Jangan cuba melagakan MIC dan UMNO Kota Raja – Shanker Raj Ketua Pemuda MIC Selangor

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Shanker-Raj-AyangerKetua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj berasa sedih dan kesal dengan kenyataan media oleh Datuk Amzah Umar yang menyatakan orang melayu tidak menyokong MIC di kawasan Parlimen Kota Raja. Shanker Raj berkata Kerajaan Malaysia yang terajui oleh Barisan Nasional dan dibawah kepimpinan Perdana Menteri dengan gagasan 1Malaysia tidak patut Datuk Amzah Umar mengungkitkan perkara calon sekarang.

Datuk Amzah Umar telah dilantik untuk menguguhkan perpaduan antara kaum di kawasan Parlimen Kota Raja tetapi beliau bertindak untuk mempecah belahkan perpaduan yang sedia ada diantara MIC and UMNO.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Kota Raja menganggap mana-mana pemimpin komponen BN yang mendakwa orang Melayu tidak mahu calon MIC sebagai kenyataan peribadi dan mungkin mempunyai agenda tersendiri.

“Hubungan masyarakat India dan Melayu adalah kukuh,” katanya ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Umno Kota Raja, Datuk Amzah Umar bahawa pengundi Melayu di parlimen itu mahu calon Melayu bertanding di kerusi berkenaan.

Shanker memberi amaran kepada sesiapa saja yang cuba untuk merosakkan keharmonian masyarakat Kota Raja yang telah dibina sekian lama dan beliau sendiri mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin pemimpin UMNO tempatan. Shanker Raj juga ingin tahu dari mana Datuk Amzah Umar mendapat berita sebegini rupa.

Beliau juga menyeru supaya jangan cuba mempermainkan sentimen perkauman dan memecahbelahkan perpaduan di antara kaum lebih lebih lagi  menjelang PRU13 ini.

Menurutnya, kerusi Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas merupakan kerusi tradisi MIC.

“Keunikan masyarakat Malaysia khususnya di Kota Raja terbukti apabila sambutan rumah terbuka Deepavali yang mendapat sambutan serta sokongan yang luar biasa dari masyarakat Melayu dan juga Cina.  “Ini membuktikan masyarakat Kota Raja berfikiran terbuka dan rasional,” kata Shanker.

Datuk Amzah Umar sepatutnya berkerja-sama antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan BN pada PRU 13 kerana penduduk kawasan Parlimen Kota Raja  telah mula kembali memberi kepercayaan terhadap BN setelah merana empat tahun di bawah naungan kerajaan pembangkang.