klpost

Isu SRK Tmn Cuepacs: Kelas bahasa ibunda akan dimulakan dalam masa terdekat – Kamalanathan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

kamalanathan
Kuala Lumpur
– Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Kamalanathan telah memberi jaminan bahawa kelas bahasa ibunda untuk Pelajar India dan Cina dari Sekolah Rendah Taman Cuepacs Cheras akan dimulakan pada masa terdekat.

Pada 20 Mac lepas Kuala Lumpur Post telah mengetengahkan isu ini setelah Timbalan Pengerusi, Persatuan Penduduk Cuepacs, Dr. Anthony membuat aduan tiada respon dari pihak Kamalanathan.

Melalui satu kenyataan akhbar, Kamalanathan berkata pihaknya perlu masa untuk mencari guru yang sesuai untuk mengajar kelas bahasa ibunda tersebut.