klpost

Isteri sebilik dengan kekasihnya di hotel murah – Suami biar sahaja

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Soal Jawab dengan Pak Su: –

Assalamualaikum… Saya menghadapi satu masalah keluarga. Saya dibesarkan oleh ibu saudara saya. Saya menyayangi ibu saudara saya seperti ibu saya sendiri malah, saya memanggilnya dengan panggilan ‘ibu’. Saya tinggal di Kuala Lumpur manakala ibu tinggal di Melaka.

Tetapi, saya kerap pulang ke kampung ataupun menghubungi ibu, ayah ataupun adik. Masalahnya, ibu saya kini menjalin hubungan dengan beberapa orang lelaki diluar pengetahuan ayah saya. Untuk pengetahuan, ini adalah perkahwinan ibu saya yang ketiga.Ibu berumur 43 tahun yg mana sebaya dgn ayah.Ibu mempunyai 4 orang anak. Yang pertama, seorang perempuan tinggal di Klang. Dua daripadanya masih bersekolah dan yang terakhir masih berumur 3 tahun.

Ayah saya seorang yang amat bertanggungjawab. Sepanjang perkahwinannya dgn ibu, segala keinginan ibu dituruti sehingga kini terpaksa menanggung hutang dengan beberapa bank tidak termasuk hutang rumah. Saya sendiri menanggung hutang bank untuk ibu. Malahan setiap bulan anak sulongnya juga mengirimkan wang sebanyak RM300.

Untuk menunaikan permintaan ibu, ayah yang hanya bekerja jawatan rendah di jabatan kerajaan, melakukan kerja-kerja tambahan seperti mengecat rumah dan mengubah suai rumah. Akibatnya, keadaan kesihatan ayah semakin kurang memuaskan kerana terpaksa bekerja keras disamping menghadapi masalah penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung.

Dan kerana keadaan kesihatan juga, saya mendapat tahu yang ayah tidak dapat menunaikan nafkah batinnya dengan sempurna. Baru-baru ini, ibu meminta izin ayah untuk melawat anak sulongnya seorang diri. Ayah yang percaya pada ibu, membenarkannya. Mujur saya ada mengaktifkan perkhidmatan ‘Friend Finder’ pada telefon ibu, jadi saya dapat mengekori ibu.

Dan akhirnya, saya bersama tunang saya dan anak sulong ibu dan bakal tunangnya,dapat menangkap ibu bersama seorang lelaki didalam sebuah bilik hotel murah dalam keadaan yang amat memalukan.Ibu mandakwa yang dia dipukau.Tetapi saya tidak percaya tetapi anak sulong ibu mempercayainya.

Kerana sayangkan ibu, saya merahsiakan hal itu dari ayah memandangkan ibu pun berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Tetapi, malangnya, saya mendapat tahu yang ibu masih berhubungan dengan lelaki-lelaki lain. Ibu semakin kerap bermain mesej dan bergayut ditelefon apabila ayah tiada di rumah. Untuk pengetahuan, ibu saya membuat kuih untuk dihantar ke kantin untuk membayar hutang kereta Proton Saga yang baru dibelinya walaupun ayah sudah mempunyai kereta.

Sebelum itu, ibu memiliki kereta kancil. Malangnya kini, duit hasil jualan kuih yang sepatutnya untuk bayaran kereta digunakan untuk top-up menyebabkan ayah terpaksa mencari duit untuk membayar kereta. Sehinggakan adik yang bersekolah mengadu akan sikap ibu pada saya. Keadaan lebih mengusutkan fikiran saya apabila ayah juga mengadu kepada saya akan perubahan sikap ibu. Saya sangat buntu. Ibu saya seorang yang amat sukar untuk dibawa berbincang kerana setiap kali dia melakukan kesilapan, dia akan meletakkan kesalahan pada orang lain.

Tambahan pula dia seorang yang amat bijak berkata-kata. Masalahnya kini, anak sulong ibu yang bekerja di lautan agak sukar dihubungi dan lebih mempercayai ibunya. Adik yang bersekolah pula tertekan dengan sikap ibu sehingga menghantukkan kepala pada cermin dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Ayah juga tertekan kerana menghadapi masalah kewangan. Disamping itu, ayah pernah cuba berbincang dengan ibu tetapi ibu mengambil tindakan yang tak disangka dengan meminum sebotol ubat batuk. Oleh itu, ayah tidak sampai hati untuk menyuarakan perasaan dan masalahnya walaupun ibu berkali-kali mengatakan yang dia sudah tawar hati pada ayah. Tolonglah saya. Di saat anak sulong ibu ingin bertunang pada Disember ini dan saya ingin melangsungkan perkahwinan pada awal tahun hadapan, hubungan ibu dan ayah pula bermasalah. Saya amat mengharapkan pandangan dan tunjuk ajar. Sekian. Wassalam.

Nasihat Pak Su:-

Salam. Satu Masalah yang amat kronik untuk dirungkaikan. Macam mana pun setiap masalah itu ada penyelesaiaannya. Saya syorkan anda tunjukkan lebih prihatin dengan ibu dengan penuh kasih sayang bukan mencari atau mengungkit kesalahan. Contohnya hantarkan kad-kad atau bunga sebagai seorang anak yang patut berterima kasih dengan ikhlas terhadap jasa ibu yang pasti tidak akan terbalas walaupun kita mampu memberikan apa pun kepada insan yg bergelar seorang ibu. SMS juga boleh dihantar setiap hari atau kalau tidak mampu pakat-pakat dikalangan kelurga untuk memberikan sesuatu kepadanya. Tapi yang paling penting adalah kesedaran AGAMA amat perlu diberikan kepada setiap insan (termasuk kita). Gunakan apa cara sekali pun utk memberikan kesedaran Beramal terutamanya SOLAT pada ibu anda sebagai contohnya berikan saranan untuk anak lelaki setiap kali sebelum ke masjid/surau utk meminta izin ibu tersayang dan cium tangan ibu setiap kali bersalaman. Gunakan bulan PUASA sebagai bulan permulaan utk perkara ini. Sekadar memberikan cadangan dan saya pun tidak dpt membayangkan kesedihan yang kalian hadapi dalam menangani masalah ini. Jangan lupa mengadu pada Yang Maha Kuasa tentang maslaah anda dan minta bantuanNya dengan penuh Ikhas setiap masa terutamanya selepas setiap kali lepas SOLAT.