klpost

Isteri orang dicekup berdua duan dengan Pimpinan Tertinggi PKR di Hotel Swiss Garden

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Apakah kesudahannya kes Khalwat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrolamin Bahrom yang dicekup berdua-duan bersama isteri orang dalam Bilik 6385 Swiss Garden Hotel Kuantan, Pahang…?

Senyap dan sunyi sepi kisah ini…!

Tentu kita semua tidak lupa dengan berita TERHANGAT pada penghujung bulan Februari 2012 apabila Badrolamin bersama pasangannya Zitawani yang berusia 28 tahun, kakitangan di Kolej Komuniti Rompin dicekup berkhalwat.

Lebih memanaskan lagi berita ini kerana status wanita tersebut merupakan isteri orang…!

Wanita itu mengakui pergi menemui Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun kerana bimbang keselamatan mereka terancam.

Beliau juga mengakui memang kenal rapat Badrolamin dan isterinya setelah mengikuti rombongan umrah sebelum ini seterusnya sering berhubung antara satu sama lain.

Menurut Badrolamin, beliau dihubungi wanita berkenaan beberapa hari sebelum insiden itu, yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga serta menyatakan hasrat untuk lari dari rumah kerana bimbang masalah keselamatan terancam.

Menurut Ustaz “produk” PKR ini, beliau menasihatkan agar wanita itu tidak berbuat demikian….

“Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

“Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan.” jelas Badrolamin kepada media.

Begitulah kisahnya suatu ketika dahulu, beberapa bulan yang dulu… Berita hangat yang membakar suhu politik tanahair kita.

Apa jadi dengan tuntutan cerai yang dibuat oleh wanita yang dicekup bersama Badrolamin itu..? Sudahkah mereka bercerai..?

Apakah tindakan menuntut cerai itu sebagai salah satu proses untuk bernikah dengan Badrolamin…??

Blog MIK tertanya-tanya, apakah kesudahan kes ini…? Sudahkah dijatuhi hukum…?? Ataupun sudah dibuang kes…??? -darulehsantoday