klpost

Isteri ditampar dan ditendang – suami didenda

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUANTAN: Seorang peniaga didenda RM1,000 atau penjara empat minggu jika gagal membayar denda itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Mac lalu.

Iskandar Lailomee, 25, dari Peramu, dekat sini mengaku menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nelli Handanyani Zulkifli, 25, dengan menampar muka serta menendang bahagian belakang badan mangsa.

Dia melakukan kesalahan itu pada 10 pagi, 24 Mac lalu di sebuah rumah bernombor 11, Lorong Peramu Maju Baru 2, Peramu.

Iskandar yang memakai baju T berwarna hitam dan berseluar jeans didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh merayu kepada Majistret Rini Triany Muhammad Ali agar mengenakan hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf selain perlu menyara duaanak dan isterinya dengan pendapatan yang tidak tetap sebagai peniaga. – Bernama