klpost2

IJN – ‘Healing Holiday’ sasar India, kadar rendah berbanding AS

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

NEW DELHI  –  Institut Jantung Negara (IJN) mahu menarik pesakit dari India dengan menawarkan penjagaan kesihatan yang maju pada kadar sebahagian daripada harga yang mereka bayar untuk rawatan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Pengurus Pelancongan Perubatan dan Pembangunan Perniagaan IJN, Chow Khoon Liam berkata, tumpuan kepada India merupakan sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang dari Asia Selatan untuk menggunakan pusat penjagaan jantung terkemuka Malaysia itu.

Kini kira-kira 10 peratus pesakit IJN datang dari luar negara yang kebanyakannya dari Asia Tenggara, lapor Travel News Alliance.

“Kami mendapat ramai pesakit dari Indonesia, Myanmar dan Kemboja. Kini kami mahu mendapat lebih ramai lagi, kami mahu meneroka Asia Selatan,” katanya kepada media online berkenaan.

Pakej healing holiday IJN mahu menyasarkan rakyat India yang ke seberang laut untuk mendapat rawatan. -kosmo