klpost

Idam anak lelaki – Natasha Hudson

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Hanya perasaan syukur yang mampu diucapkan oleh pelakon popular, Natasha Hudson dan suami, Carleed Khaza apabila si isteri disahkan hamil sebulan, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur apabila disahkan hamil lagi. Mula-mula, saya buat pemeriksaan sendiri di rumah. Untuk mengesahkannya, saya terus membuat pemeriksaan lanjut di klinik.

 

“Suami saya sangat gembira apabila diberitahu yang saya sudah hamil. Namun, kami tidak mahu terlalu berharap, takut apa-apa terjadi dalam masa terdekat. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga,” ujarnya yang menginginkan anak lelaki selepas dikurniakan anak perempuan, Nessa Helena, 4, menerusi perkahwinannya yang terdahulu.

 

Natasha kini sedang menjalani penggambaran beberapa episod untuk program bual bicara, ‘Santai Bersama Cikgu Sidek’ di saluran TV Al-Hijrah sebelum mengurangkan aktiviti seni sepanjang tempoh kehamilan.  – Media Hiburan