klpost2

Hyori – ‘Saya bukan seperti dulu lagi’, berteka-teki mengenai albumnya

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Setelah lama menyepi, kini penyanyi, Lee Hyori sedang fokus dalam proses penghasilan album untuk mewarnai kembali dunia hiburan Korea.

Bakal bekerjasama dengan komposer dari Los Angeles, album terbaru itu mungkin memberi kejutan buat peminat diva cantik ini.

Malah, ketika diundang oleh profesor di sebuah universiti di Seoul, Hyori memberitahu bahawa dia tidak akan kembali ke dunia seni sekiranya dia tidak yakin dengan karya itu.

“Saya bukan seperti dulu lagi. Untuk saat ini, saya harus lebih selektif dalam memilih karya yang betul-betul bermutu,” katanya yang masih berteka-teki mengenai komposer dan pihak yang terlibat dalam album barunya itu.

“Mungkin bukan lagi masanya untuk memberitahu siapa dia, namun komposer muzik ini pernah membuat lagu yang hit di Korea,” katanya.  – sinarharian