klpost

Hukuman gantung sampai mati-Bunuh majikan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warga India selepas dia didapati bersalah membunuh majikannya, peguam Datuk R. Anpalagan di sebuah kuil di Kampung Perepat, Klang, dua tahun lepas.

Hakim Datuk, Mohd. Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap R. Narayanan, 25, melampaui keraguan munasabah.

Dalam penghakimannya, beliau menolak alasan pihak pembelaan bahawa provokasi merupakan punca berlakunya kejadian bunuh itu.

Sebaliknya, Mohd. Sofian berkata, tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan dan kematian mangsa.

Sepanjang perbicaraan, 17 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Azari Harun dan Khairul Fikrie Ahmad Zubaidi sementara tertuduh diwakili peguam S. Selvam. – BERNAMA/Kosmo