klpost

Hukum Hudud – Rakyat bukan Islam tidak perlu risau

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM — PAS akan bertanding 70 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang dan hampir selesai memilih calon dan parti tersebut akan ketengahkan lebih ramai muka baru dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang kata timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Ahli politik veteran yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, parti tersebut sudah 90 peratus selesai berbincang dengan sekutu Pakatan Rakyat (PR) mereka dalam urusan pembahagian kerusi menjelang PRU yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013.

Dalam pilihan raya 2008, PAS bertanding 66 daripada 222 kerusi parlimen.

Langkah untuk menambahkan kerusi bagi PAS adalah memadai kerana parti tersebut kini mempunyai kerusi parlimen terkecil berbanding rakan PR yang lain iaitu sebanyak 23 kerusi di peringkat pusat.

PKR sebagai kunci utama yang diketuai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 27 kerusi dan DAP parti yang dikuasai oleh kaum Cina mempunyai 28 kerusi parlimen.

Majoriti kerusi parlimen PR masih lagi ‘status quo’ akan tetapi akan berlaku serba sedikit perubahan, kata Mohamad.

“Kerusi di Sarawak dan Sabah masih dalam perundingan, katanya lagi.

Hari ini PAS menjadi rakan penting PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencabar hegemoni Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah kalah pilihan raya semenjak pertama kali diperkenalkan oleh bapa PM, Tun Abdul Razak Hussein selepas dijenamakan semula dari Perikatan.

Sementara itu, Mat Sabu diberitakan akan bertanding di kerusi parlimen Pendang, kubu kuat PAS — pernah disandang oleh guru agama yang dihormati dan juga bekas presiden parti tersebut, Datuk Fadzil Noor, yang memimpin parti pembangkang untuk melawan BN dalam pakatan yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA).

Peyandang kerusi parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman bakal diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai langkah PAS untuk meletakkan tokoh profesional itu untuk mmbantu pentadbiran negeri jika PAS kekal memimpin Kedah selepas PRU 13.

Mohamad juga berkata taktik lama BN memecah belahkan rakyat mengikut kaum tidak akan berjaya oleh kerana masyarakat Cina kini tidak lagi takut kepada hukum Hudud atau undang-undang Islam walupun isu ini seringkali dimainkan oleh MCA dan Gerakan.

“Selagi PAS memilih jalan demokrasi sebagai wadah perjuangannya, rakyat terutamanya masyarakat bukan Islam tak perlu risau.

“Jika PAS mahu melaksakan hudud, PAS perlu lakukan public consultation (perundingan awam) bagi mendapatkan sokongan semua ahli parlimen Islam dan bukan Islam bagi meminda perlembagaan untuk melaksanakan hudud.

“Bukan saja hudud, apa sahaja yang ingin dilakukan melibatkan pindaan perlembagaan memerlukan sokongan daripada majoriti ahli-ahli parlimen.” kata Mat Sabu lagi.