klpost

Hujan meteor 13 dan 14 Disember ini

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Orang ramai berpeluang melihat fenomena hujan meteor yang bakal berlaku di Malaysia pada 13 dan 14 Disember ini.

Ketua Penolong Pengarah Planetarium Negara Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena yang dikenali sebagai hujan meteor Geminids itu akan menyaksikan kira-kira120 meteor sejam semasa ia mencapai tahap maksimum yang dapat dilihat menggunakan mata kasar bermula 9 malam pada 13 Disember hingga 6 pagi pada14 Disember depan.

“Sebanyak dua meteor dijangka muncul di langit setiap seminit lalu menjadikan kira-kira 120 meteor dapat dilihat dalam tempoh sejam.

“Titik asal pancaran hujan meteor ini berpunca daripada buruj Gemini di langit utara apabila bumi merempuh banyak debu di angkasa lepas di bekas laluan asteroid 3200 Phaethon yang menyebabkan fenomena itu berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, Bukit Fraser dan Teluk Kemang di Port Dickson adalah antara lokasi yang baik bagi orang ramai menyaksikan fenomena ini. – Bernama