klpost

HUDUD – Karpal Singh masih berkeras tidak akan berkompromi

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Oleh Warta Rakyat

KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh masih berkeras tidak akan berkompromi dalam isu Hudud, dan akan menentang habis-habisan jika Pas cuba membangkitkan isu tersebut, seandainya mereka memenangi pilihan raya umum kelak.
Keadaan tersebut, secara tidak langsung, menggambarkan lagi betapa rapuhnya persefahaman yang cuba ditunjukkan oleh dua parti tersebut kepada orang ramai.

Walaupun terdapat cubaan dari beberapa pemimpin Pas yang mengatakan bahawa DAP kini lebih memahami perjuangan hudud yang dibawa oleh parti mereka, Karpal terus bertegas mengenai pendirian DAP untuk tidak sama sekali mendokong hasrat Pas.

Karpal, yang juga anggota parlimen Bukit Gelugor berkata, DAP sama sekali tidak akan melayan sebarang cubaan untuk membawa wakil dari kedua-dua parti tersebut untuk berbincang mengenai isu hudud.

“Pas harus sedar hudud tidak dimasukkan dalam Buku Jingga, iaitu perjanjian dasar bersama pakatan pembangkang.

“Saya juga boleh memberi jaminan ia tidak akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang kerana DAP tidak akan membenarkan ia berlaku selaras dengan dasar parti kami,” katanya.