klpost

Hubungan lelaki dan perempuan tanpa batas berlaku dalam pejabat

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA TERENGGANU – Banyak berlaku salah laku dan pergaulan bebas di antara pekerja lelaki dan perempuan Islam di pejabat-pejabat adalah kerana mereka ‘meninggalkan’ Allah diluar tempat kerja mereka.

Menurut pensyarah Universiti Malaysia Pahang, Prof. Madya Wan Maseri Wan Mohd, (Gambar kanan) kebanyakkan pekerja pejabat tidak menghayati Islam sebaik mereka mencetak kad perakam waktu (punch card) ketika masuk bekerja.

“mereka ‘meninggalkan’ Allah sebaik ‘punch card’, (menyebabkan berlakunya) hubungan lelaki dan perempuan tanpa batas berlaku dalam pejabat kerana Allah ditinggalkan di luar (pejabat),

“dengan penghayatan Asma ulHusna saya mengajak kita semua membawa masuk Allah (ke)dalam pejabat, (hatta) ketika menggunakan komputer kita bawa Allah masuk (mengingati Allah),”ujarnya.

Beliau yang juga bekas Exco Dewan Muslimat PAS Pusat berkata demikian ketika menyampaikan Motivasi Sempena Majlis Meraikan Anak Yatim dan Ibu Tunggal di Kampung Gong Tok Nasik dekat sini pada Jumaat 27 Julai.

Wan Maseri yang memiliki kelayakan profesional dalam bidang Sains Komputer mendakwa ramai manusia yang menjadi rosak kerana menggunakan komputer dan internet.

Namun sebaliknya, kata beliau, ia dapat diselamatkan sekiranya mereka yang menggunakan komputer mengingati Allah dan sentiasa berzikir kepada Allah.

Pada Majlis yang sama, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi telah menyampaikan bantuan pakaian hari raya kepada 67 orang anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Dalam ucapannya, Dr Syed berkata, umat Islam harus mengambil peluang untuk melaksanakan kerja-kerja Islam pada bulan Ramdhan yang mulia kerana ganjaran berganda yang dijanjikan Allah SWT.

Beliau yakin, kemenangan Islam sebagaimana yang dijanjikan Allah akan menjadi kenyataan dan orang-orang Ilam mestilah yakin dengan janji tersebut.

Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Mantan ADUN Batu Burok Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ustaz Mohd Soud Mohd Said.

Majlis meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal adalah merupakan acara tahunan yang diadakan oleh PAS Cawangan Gong Tok Nasik sejak lima tahun yang lalu pada setiap bulan Ramadhan – Buletin Online