klpost

Hishamuddin – Jangan tuduh, Buktikan dulu.

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PUTRAJAYA 10 Dis. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan isu dakwaan pembangkang bahawa terdapat 300,000 kaum India di negara ini tidak memiliki taraf kewarganegaraan lebih bermotifkan politik dan perkauman.

Beliau berkata, pembangkang bertindak demikian bagi membangkitkan lebih banyak isu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

”Sebelum ini, dakwaan itu tidak kedengaran kerana mungkin mereka tahu Jabatan Pendaftaran Negara melaksanakan program pendaftaran kewarganegaraan kaum India secara berterusan di seluruh negara.

”Oleh itu, tindakan mereka untuk mengadakan demonstrasi di hadapan JPN pada Rabu ini berhubung isu tersebut hanyalah semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 180 pegawai daripada jabatan di bawah KDN di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said.

Hishammuddin turut mempersoalkan angka 300,000 yang dinyatakan oleh pembangkang itu memandangkan jumlah yang tampil dalam program pendaftaran anjuran JPN hanya sekitar 9,000 orang sahaja. – Utusan