klpost

Hari ulang tahun Najib yang ke-59 disambut dengan meriah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PENULIS sudah sebutkan bahawa hari isnin adalah hari ulang tahun Perdana Menteri Najib yang ke-59. Sudah tentu tukang bodek dan ampunya tidak mahu ketinggalan membuat sambutan besar-besaran, dan itulah yang penulis dimaklumkan berlaku di Seri Perdana semalam.

Majlis harijadi Najib bukan pertama kali menjadi isu. Sambutan tahun sudah pun menjadi isu juga bila terdedah jumlah perbelanjaan sebanyak RM 80 ribu. Bagaiamanapun tidak ada bukti wang kerajaan digunakan walaupun kita yakin ada sebab Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang menguruskannya.

Baiklah, balik pada soal tadi. Penulis dimaklumkan acara sambutan hari jadi yang bercampur dengan majlis berbuka puasa itu dihadiri seramai 2,000 orang!!

Antaranya terdiri dari menteri-menteri kabinet (sudah pasti), pegawai-pegawai kanan kerajaan, kakitangan Felda dan sahabat handai Najib.

Penulis tidak ada masalah berapa ramai orang nak datang, sejuta pun tak apa. Yang jadi masalah kepada penulis ialah, dalam 2,000 orang itu, kenapa terselit hanya 100 orang anak yatim dari sebuah rumah kebajikan.

Dari segi peratusnya, adalah 5% dari keseluruhan hadirin yang datang.

Persoalannya disini, kenapa sampai begitu punya kecil? Bukankah bulan Ramadhan ini sepatutnya dipenuhi dengan amal ibadat, antara lain bersedekah kepada golongan yang lebih memerlukan, bukan yang terlebih makan!!

Ini dah terbalik, yang memerlukan adalah 100 orang, baki 1,900 orang lagi masuk kategori yang terlebih makan. Macam ada yang tidak kena disini. Bukankah lebih baik 1,900 itu terdiri dari anak-anak yatim, baki 100 sajalah dif-dif kehormat?

Atau kalau nak lebih baik lagi, kos penganjuran makan untuk 2,000 orang ini, disumbangkan kesemuanya kepada badan-badan kebajikan, itu adalah lebih afdal.

Pada pendapat penulislah, kalau nak sangat sambut harijadi bersama anak yatim pun, 200 orang sudah mencukupi. 100 anak yatim dan 100 lagi pemimpin kerajaan dan sahabat handai.

Taklah nampak membazir sangat.

Kakitangan Felda itu semua nak buat apa dimasukkan sekali dalam jemputan? Tak payah le, setakat nak serah cek zakat, itu boleh buat di Pusat Pungutan Zakat saja pun, tapi kenapa nak buat di Seri Perdana pula?

Adakah tujuannya untuk meramaikan orang yang datang, kot-kot adalah alasan untuk kata sokongan makin kuat?

Pada penulis semua itu (menjemput anak yatim dan penyerahan cek zakat) hanyalah wayang. Sebetulnya sambutan majlis hari jadi itu yang utama sekali pun. Cuma sebab taknak jadi isu macam tahun sudah, maka itu disekalikan dengan majlis berbuka puasa dan penyerahan wang zakat. -suarapakatanrakyat