klpost

Harga Jam Tangan Datin Seri Rosmah Mansor bernilai RM350,000.00 ?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Beberapa ketika dahulu rakyat 1Malaysia telah dikejutkan dengan beberapa acessories milik Rosmah Mansor antaranya bag tangan ‘Birkin’ yang mencecah ratusan ribu RM dan juga ‘Bangle’ atau gelang tangan yang bernilai jutaan RM dan cincin RM24Juta.
Rosmah Mansor dikatakan memiliki sekurang-kurangnya  11 beg tangan mewah jenama Birkin dianggarkan  Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Bagi beg edisi terhad miliknya pula harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu..

Cincin berlian yang dikenali sebagai ‘Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut” miliknya itu berharga lebihkurang RM24 Juta..

Kali ini kita akan melihat lagi koleksi barangan mewah milik  Rosmah Mansor iaitu jam tangan pula..

Terkini koleksi yang jam tangan yang dipakai Rosmah dalam satu majlis yang dihadirinya di Vietnam berjaya dirakam lensa kamera…

Ianya dikatakan  dikatakan bernilai antara £70,000 – £100,000. Dan harga tersebut tidak termasuk duti import lagi…

Atau dalam nilai RM lebih kurang RM350,000 hingga RM500,000 sahaja..

Dengan mengambil kira gaji minimum baru bagi Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak RM900 manakala di Sabah dan Sarawak diletakkan pada paras RM800.. rakyat Malaysia perlu mengambil masa selama seperti perkiraan di bawah untuk memilikinya..

RM900 x 12 (bulan) = RM10800 x 46 tahun 4 bulan = RM500,400

Ini bermakna mereka memerlukan sekurang-kurangnya 46 tahun lama untuk memiliki jam tangan mewah berjenama Franck Muller ini..

*perkiraan itu berdasarkan gaji minima dimana rakyat Malaysia yang punya gaji minima itu dianggap tidak makan dan minum

Harga jam tangan Rosmah Mansor sahaja sudah menyamai 1-2 buah harga rumah yang agak selesa..

Perlu kita ketahui bahawa Jenama Franck Muller merupakan salah satu jenama yang telah menghasilkan antara jam tangan paling mahal di dunia yang bernilai USD2.4 juta.

Persoalannya di sini ialah..

1~ Bagaimana beliau boleh berbelanja mewah seperti ini?

2~Bagaimana Rosmah Mansor masih mampu meneruskan tabiatnya sehingga mampu memililki satu lagi barangan mewah (jam tangan berjenama Franck Muller) selepas berjaya melakukannya ketika memiliki cincin bernilai RM24 juta sebelum ini.

3~Banyak sangatkah pendapatan seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia sehingga berjaya menampung perbelanjaan mewah isterinya selama ini? Adakah ada lagi “Pendapatan Sampingan”? Mungkin?

Walaubagaimanapun, carian  untuk rekabentuk seperti yang dipakai oleh Rosmah Mansor tiada dalam senaraian jenama Franck Muller, besar kemungkinan ia cukup ekslusif dan direka khas untuk Rosmah Mansor mungkin?

Sumber :-darisungaiderhaka
The Kuala Lumpur Post is not responsible for the content and we do not accept any responsibility for any statement in the material or the article above. The Kuala Lumpur not associate with any blogs or news portal as such we are not responsible for the article publish above.