klpost

Hana saman lagi Watie

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Selayang
– Bekas anggota kumpulan Elite, Hana menyaman lagi rakan kumpulannya, Watie atas kegagalan membayar ganti rugi lebih RM707,351,83 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini dua tahun lalu.

Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan, 39, yang menang kes samannya terhadap Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 41, pada 10 Mac 2015, memfailkan saman penghutang penghakiman itu

pada 18 Mei lalu selepas Watie masih gagal membayar jumlah tuntutan tersebut.

Selain itu, Hana turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie selaku penghutang gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berkenaan kegagalannya membayar hutang berkenaan.

Sementara itu, Watie yang ditemani suaminya, Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey ketika ditemui berkata beliau hadir ke mahkamah hari ini selepas mendapat surat perintah untuk hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes saman itu. – Kosmo