klpost

Hak 90 pembeli teraniaya

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PUTRAJAYA  –  Pembeli Kondominium Mas Kiara , Taman Tun Dr Ismail (TTDI) menyerahkan memorandum kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha membantu mereka mendapatkan  rumah yang telah mereka beli daripada pemaju.

Wakil  pembeli Modin Ali,60, berkata, antara yang terkandung dalam memorandum itu adalah mahu KPKT mengadakan membela nasib pembeli yang rata-ratanya teraniaya apabila pemaju menjual unit yang sudah mereka beli kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.

Ini merupakan tindakan susulan selepas satu sidang media yang sama diadakan di TTDI bagi menuntut hak lebih 90 pembeli sebelum  ini.

“Setakat ini KPKT telah pun bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat bagi menyelesaikan masalah ini yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu,” katanya

Difahamkan sebelum ini mereka membeli rumah tersebut pada sekitar RM200,000 sebelum pemaju bertindak menjualnya semula kepada orang lain dengan harga berlipat kali ganda daripada harga asal.

“Secara terang-terangan pemaju memang salah, jadi kami mahu KPKT hentikan penjualan rumah secara tidak sah ini kerana disebabkan ini pembeli terpaksa menanggung hutang pinjaman bank tetapi rumah tidak dapat,” katanya.

“KPKT mempunyai kuasa dan boleh membantu jika tidak pemaju ‘lintah darat’ seperti ini akan terus bermaharajalela menelan secara haram duit pembeli lain pada masa akan datang,” katanya.

Tambahnya lagi, pembeli yang rata-ratanya beragama Islam  juga bercadang untuk mengadakan sembahyang hajat memohon petunjuk dari Allah SWT sebagai ikhtiar untuk menyelesaikan isu tersebut.  –  SH