klpost4

Hajat tak kesampaian

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KOTA BHARU – Hajat seorang lelaki Bangladesh untuk membeli makanan berkecai apabila dia ditemui mati ditembak dalam kejadian yang menyaksikan polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes itu enam jam selepas pembunuhan tersebut berlaku kelmarin.

Kejadian pukul 7.40 malam di Lorong Tok Gading, Jalan Bayam di sini itu mengakibatkan seorang pembaik pendingin hawa, Md. Shah Jalal, 31, mati selepas terkena dua das tembakan di belakang kepala yang menembusi bahagian atas kening kirinya. Dia telah dua tahun bekerja di sini.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda Wave milik majikannya didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 sebelum mereka melarikan diri selepas melepaskan tembakan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan,  memberitahu KOSMO, polis yang menjalankan Ops Tutup kemudian dapat menahan seorang lelaki dan wanita berusia 40 dan 30 tahun di Padang Garong pada pukul 1.30 pagi bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek wanita merupakan isteri mangsa.

“Polis masih menyiasat motif kejadian dan sedang memeriksa telefon bimbit mangsa untuk mendapatkan petunjuk.