klpost

Hafiz failkan permohonan cerai dengan Joy Revfa

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Petaling Jaya
– Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Hafiz, 33, atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Hamidun memfailkan permohonan tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kira-kira pukul 1 petang.

Hafiz yang hadir bersama peguam syarienya, Datuk Azmi Mohd. Rais mendakwa permohonan cerai ke atas isterinya, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd. Amin,30, dibuat berikutan tidak wujud lagi persefahaman antara mereka selain mendakwa usahawan kosmetik itu melawan dan mengingkari segala suruhan Hafiz sebagai seorang suami termasuk menjatuhkan imej dan reputasinya.

“Joy juga seringkali menyusahkan saya selepas bernikah kerana dia masih gagal menyelesaikan isu berkaitan perkahwinan terdahulu yang mana status penceraian mereka itu hanya dapat diselesaikan pada 10 Oktober lalu,” katanya.

Sementara itu, Hafiz turut memaklumkan dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya Joy masih mengeluarkan kenyataan berunsur negatif berkaitan dirinya kepada umum.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk sebutan semula untuk pendengaran bagi kes tersebut. – Kosmo