klpost2

“Hadi, guna Youtube untuk tarik balik Amanat 1981”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM – Penganalisis politik berpandangan lebih wajar bagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan platform media alternatif selain media arus perdana yang dituntut bagi menjelaskan Amanat Hadi 1981.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, menerusi media alternatif audiens dijangka lebih ramai dan meluas.

Menurutnya, dengan kelebihan pembangkang mempunyai media mereka sendiri, seperti Harakah Daily, Kelantan TV, TV Selangor dan pelbagai lagi, yang menggunakan laman sesawang You Tube.

“Tidak ramai di kalangan kita menonton media arus perdana. Rakyat lebih menggunakan media alternatif dan gemar melayari internet dan menonton You Tube,” katanya kepada Sinar Harian.

Meskipun demikian, Samsul Adabi berpandangan, di sebalik penjelasan kepada rakyat, Abdul Hadi juga perlu menarik kembali amanatnya yang telah menyebabkan berlaku perpecahan kepada umat Islam.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran UKM, Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, adalah lebih baik menggunakan platform media baru berbanding konvensional.

Katanya, dengan media baru yang semakin berkembang kini, lebih baik saluran itu dijadikan platform bagi menjelaskan amanat itu.

Bagaimanapun katanya, desakan pelbagai pihak supaya Abdul Hadi menarik balik amanatnya itu tidak merendahkan martabatnya sebagai pemimpin, malah beliau akan lebih dihormati.

“Kesan daripada amanat itu menyebabkan masyarakat Islam berpecah belah. Justeru, jika beliau bersedia memohon maaf, rakyat akan lebih menghormatinya,” katanya.  – sinarharian