Saturday , 1 November 2014

Guru melampau,lakukan aksi berahi dengan 5 murid

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

yuhuu (1)KUCHING – Perbuatan kejam seorang guru lelaki yang dipercayai merogol serta meliwat lima orang muridnya sejak tiga tahun lalu berakhir apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Guru berusia 27 tahun itu diberkas setelah polis menerima laporan yang dibuat oleh pihak sekolah tempat dia mengajar di Lubok Antu.

Perlakuan jenayah guru itu dipercayai bermula sejak tahun 2006 apabila dia dikatakan merogol dan meliwat lima murid perempuan berusia antara tujuh hingga 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Supritendan Mat Jusoh Muhammad berkata, polis menahan suspek di rumahnya berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak sekolah.

“Kesemua mangsa dipercayai telah dirogol serta diliwat oleh suspek secara berasingan sejak 2006.

“Suspek yang juga penduduk tempatan kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mat Jusoh memberitahu, kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pada masa ini, pihaknya sedang melakukan siasatan sebelum mengemukakan laporan kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk pendakwaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kes itu kerana siasatan masih dijalankan. -Maklumat

Scroll To Top
banner