klpost

Gempar, Jupe muncul dalam sidang media Dewi Persik?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Jupe2

Sabtu lalu industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan kematian pelakon dan penyanyi dangdut Julia Perez.

Julia atau lebih dikenali dengan nama glamor Jupe meninggal dunia akibat sakit kanser serviks tahap empat yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Namun media tempatan dikejutkan dengan kelibat sosok Allahyarhamah Jupe dalam sesi sidang media yang melibatkan pelakon seksi Dewi Persik semalam.

Menurut laporan media, terdapat sekeping gambar dalam Instagram Story Dewi Persik atau Depe yang kelihatannya mirip Allahyarhamah dalam keadaan wajah yang cukup pucat lesi.

Namun begitu, kebanyakan netizen yang melakukan ‘penyiasatan’ terhadap foto tersebut percaya itu bukanlah ‘kelibat’ Jupe, sebaliknya wanita itu mungkin individu yang mempunyai wajah seiras persis Allahyarhamah.

Ketika sama-sama mengecapi zaman kegemilangan dalam kerjaya masing-masing, Jupe dan Depe dikhabarkan pernah bermusuh ketika membintangi sebuah filem bersama pada tahun 2010.

Namun, sejak Jupe menderita sakit kanser yang dikesan pada 2014, hubungan mereka sudah semakin baik dan Depe juga sempat menziarah Jupe ketika Allahyarhamah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Jakarta sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 10 Jun lalu. – Mynewshub