klpost

Gempar beg pakaian disangka berisi bom

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Kangsar
– Penduduk Kuala Kangsar digemparkan dengan penemuan beg berwarna hitam yang dikhuatiri mengandungi bom di Jalan Raja Chulan di sini hari ini.

Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dan menjalankan pemeriksaan ke atas beg itu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ahmad Termizi Abdul Haq mengesahkan beg itu hanya mengandungi pakaian.

Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 1.30 tengah hari tadi yang curiga dengan penemuan beg itu di hadapan sebuah bank.

“Susulan itu kita menghubungi Unit Pemusnah Bom UPB Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bagi menjalankan pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Katanya polis Kuala Kangsar tidak pernah menerima sebarang ugutan dan pihaknya akan menjalankan sisasatan bagi mengenal pasti pemilik beg itu. – Bernama