klpost

Gempa bumi di China – 64 korban

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Beijing: Satu siri gempa bumi melanda kawasan pedalaman barat laut China semalam membunuh sekurang-kurangnya 64 dan memusnahkan lebih 20,000 rumah, kata seorang pegawai kerajaan.

antara 4.8 hingga 5.6 melanda kawasan berbukit yang juga wilayah pertanian di Yunnan dan Guizhou. Jurucakap dari biro seismologi Yunan, Zhang Junwei berkata kematian banyak berlaku di kawasan Yiliang di Yunnan yang paling teruk terjejas. Zhang berkata lebih 150 yang lain cedera.
Agensi berita Xinhua berkata gempa memusnahkan atau merosakkan 20,000 rumah. Bangunan di kawasan pedalaman di China biasanya dibina dengan struktur yang lemah.

Pada 2008, satu gempa bumi teruk melanda wilayah Sichuan, di utara Yunnan, membunuh hampir 90,000 penduduk kebanyakan mereka maut akibat bangunan yang tidak kuat termasuk sekolah.

Xinhua memetik seorang pegawai dengan jabatan hal ehwal awam Yunnan berkata lebih 100,000 penduduk dipindahkan di Yunnan.

Xinhua berkata, kerajaan wilayah menghantar sepasukan pekerja ke wilayah yang dilanda gempa manakala jabatan hal ehwal awan menghantar beribu khemah, selimut dan baju sejuk di kawasan terbabit.
Katanya setakat ini tiada kematian dilaporkan di Guizhou, tetapi banyak kediaman yang rosak atau musnah di sana.

Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata gempa bumi berukuran 5.6 berlaku dengan kedalaman 9.8 kilometer. Gempa bumi yang cetek sering kali menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding gempa yang lebih dalam.

Sementara itu AFP melaporkan, rakaman televisyen menunjukkan beratus penduduk berhimpun di jalanan di bandar Yiliang yang paling teruk terjejas dengan jalan raya dipenuhi batu-bata dan batuan.

Penduduk tempatan menceritakan bagaimana orang ramai keluar berlari dari rumah masing-masing dan menjerit ketika gempa berlaku.

“Saya berjalan di atas jalan apabila tiba-tiba merasakan gegaran. Orang ramai bergegas keluar sambil menjerit, ia menakutkan saya jika mengingati semula,” tulis seorang pengguna Sina Weibo, rangkaian sosial yang menyamai Twitter. – AP/AFP