Tuesday , 21 October 2014

Gelombang Banjir kedua membadai Kuantan

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

KUANTAN  -  Seramai 152 orang mangsa banjir dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di sekitar Kuantan hari ini berikutan daerah itu dilanda gelombang kedua banjir berikutan hujan berterusan sejak malam semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), seramai 98 mangsa dari kawasan Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing.

“Manakala sembilan orang mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular dan 45 orang mangsa dari Kampung Seberang Balok dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Balok,” katanya.

Menurut portal itu, banjir itu menyebabkan dua laluan ditutup kepada kenderaan ringan mulai hari ini iaitu di Km24, Bukit Penggorak-Cherating dan Kilometer 18, Jalan Kuantan-Bypass (selepas Balai Bomba Gebeng). – BERNAMA

Scroll To Top
banner