klpost

Gara – gara Zina – Remaja disebat di tempat awam

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

MALDIVES – Mahkamah di Maldives, kelmarin telah mengarahkan remaja perempuan berumur 16 tahun yang mengaku berzina bersama teman lelakinya pada Julai lalu dikenakan hukuman sebat di tempat awam sambil disaksikan oleh orang awam.
Jurucakap mahkamah memaklumkan teman lelakinya yang berumur 29 tahun turut dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

Difahamkan, hukuman sebat ke atas tertuduh akan dikenakan selepas umurnya mencapai 18 tahun.

Berdasarkan undang-undang di negara itu, pesalah akan dikenakan hukuman sebat sebagai cara untuk menebus kesalahan mereka kerana berzina. – SH