klpost4

Gara gara tersalah jalan pacuan empat roda terbalik, mangsa tersepit

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SUNGAI BULOH  –  Seorang lelaki cedera parah apabila pacuan empat roda yang dipandunya terbalik dan berpusing beberapa kali menyebabkan dia tercampak keluar.

Dalam kejadian jam 2 pagi di Jalan Sungai Buloh-Shah Alam semalam, mangsa dikenali Lim Kok Kuan, dikatakan dari arah Persiaran Mahogani, Kota Damansara selepas pulang bertemu rakannya.

Menurut saksi kejadian, sebaik tiba di susur keluar ke Jalan Sungai Buloh-Shah Alam, kereta yang dipandu dalam keadaan laju itu gagal dikawal dan melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar tembok jalan.

Kenderaan mangsa juga nyaris melanggar tiga kereta lain yang kebetulan melalui jalan sama.

“Mangsa ditemui terbaring berhampiran kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan cedera di bahagian kepala serta cedera di beberapa bahagian badan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang kebetulan melalui jalan tersebut cuba membantu mangsa mengawal lalu lintas bagi mengelak kesesakan.

Pacuan empat roda yang dipandu mangsa remuk teruk manakala sebahagian serpihannya terpelanting ke laluan bertentangan.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa berkemungkinan memandu di bawah pengaruh alkohol kerana terdapat bau minuman keras pada tubuh mangsa  –  SH