klpost

Gara-gara terjumpa kondom, isteri dibelasah teruk

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR  –  Reaksi spontan seorang wanita yang tiba-tiba naik angin sebaik menemui sehelai kondom dalam dompet suaminya menyebabkan wanita itu dibelasah, malah turut dicekik suaminya itu.

Sumber berkata, mangsa lebam di muka, badan dan kedua-dua tangan sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Menurut akhbar Metro, “Dalam kejadian jam 9 malam pada 26 Oktober lalu, mangsa berusia 33 tahun mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain lalu memeriksa dompet suaminya sebelum menemui sehelai kondom.